WIGDET

Wednesday, June 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR PADA WAN ZUL EXCO PUBLISITI


SELAMAT HARI LAHIR KEPADA EXCO PUBLISITI YANG KE 24 SEMOGA HARI LAHIR ANDA PADA TAHUN INI MENJADI YANG TERBAIK PADA SEBELUMNYA, KAMI PIHAK KRIM UNISZA MENGUCAPKAN SELAMAT MAJUJAYA DALAM HIDUP DAN DIMURAHKAN REZEKI...

SALAM SAYANG DARI
KRIMUNISZA

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA


ASSALAMUALAIKUM

selamat hari bapa kepada semua bapa didunia tidak kira bangsa atau agama. Semoga dengan kehadiran hari bapa ini dapat semua bapa berazam untuk memnuhi tanggungjawab sebagai seorang bapa dan ketua keluarga

Kepada anak2 pula janganlah kita melupai segala nikmat yang telah bapa kurniakan kepada kita kerana kehadiran mereka hanyalah sekali sahaja.

anak2 sahabat2 sekalian,

bila kita dengar kemarahan bapa kita sembunyi didalam bilik atau balik ibu, dan adakal kita marah balik pada ayah kita, tapi apabila kita minta sesuatu adakah kita sedar yang bapa kita tetap memberinya,

hargailah bapa kita

SELAMAT HARI BAPA

IKHLAS DARI
KRIMUNISZA

Friday, June 18, 2010

http://www.youtube.com/watch?v=jtuSzySRk-E

Assalamualaikum,

Ibu Ibu Engkaulah Ratu Hatiku

Papa, Nak tuh...

Itulah ungkapan yang kita sering dengar, yang kita sering ulang, yang kita sering nyanyikan dan katakan apabila kita mengingati mereka. Tetapi pada waktu kita bergembira, adakah kita masih ingat pada mereka, adakah kita masih ingat pada mereka bila kita sudah mendapat apa yang kita hajatkan?

IBUBAPA adalah permulaan kita dan juga merupakan penjaga kita ketika kita kecil, sanggup tidak tidur hanya kerana ingin melihat kita selesa tidur tanpa gangguan nyamuk. IBU sudah bertarung melahirkan kita dan pada masa itu nyawa IBU berada ditengah-tengah dan apabila kita dilahirkan BAPA pula bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi dan memberi apa yang kita hajati

20 tahun kemudian..

cuba kita renung kembali adakah kita buat apa yang IBUBAPA kita buat pada kita?

Tulus Ikhlas Perkongsian dari
KRIMUNISZA

Thursday, June 17, 2010

USAHAWAN SATU BIDANG PENTING

Kementerian pengajian tinggi telah mengeluarkan kenyataan bahawa pada mana-mana usahawan yang sudah berjaya boleh memohon untuk menjadi pensyarah dalam bidang usahawan dan yang ingin menjadi pensyarah universiti mesti mempunyai 20% ilmu tentang usahawan. Ini menunjukkan bidang usahawan semakin menjadi begitu penting dalam menjana ekonomi negara. Selain daripada itu juga, ia merupakan salah satu perancangan pembangunan modal insan negara yang diwar-war kan mantan perdana menteri kita yang ke 5 iaitu Tun Abdullah Badawi.

Semua mahasiswa perlu mengambil peluang dalam menjana ekonomi sendiri dan juga merancang masa hadapan yang lebih cemerlang kerana dengan usahawan sahajalah dapat membantu kita dalam mengendali hidup kita dengan lebih sempuna. Selain itu juga Rasulullah s.a.w pernah bersabda rezeki hidup 9/10 boleh diperolehi dari perniagaan. Jika rasulullah s.a.w sendiri menyatakan perniagaan adalah penting kenapa kita sebagai umat nya mengikut sunnah rasulullah s.a.w.

Dengan adanya harta dan kekayaan kita juga boleh berjihad dalam agama kita, dapat membantu fakir miskin dan sebagainya. Jika mengikut kata orang "DUIT BUKAN SEGALANYA" tapi yang saya ingin tegaskan "DUIT ADALAH SEGALANYA" kerana tanpa DUIT kita tidak dapat buat apa-apa

Semoga ulasan ini memberi sedikit manafaat kepada kita semua

Salam Jutawan
Salam Perpaduan

sekian, terima kasih

Dari:
Exco Publisiti
KRIMUNISZA

KRIMUNISZA MENENTANG SEKERASNYA TERHADAP ISRAEL TENTANG ISU GAZA

Assalamualaikum w.r.b.t

baru-baru ini isu pencerobohon ISRAEL terhadpa GAZA berlaku dengan lebih dengan adanya perompakan terhadap kapal bantuan ke GAZA. Ini jelas menunjukkan ISRAEL tidak mahu ada sesiapa pn yang membantu GAZA melainkan puak sekutunya. Presiden Obama juga hanya berdiam diri selepas mengeluarkan kenyataan berbunyi "we will take an action" tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat. Sepetimana yang kita tahu ISRAEL berselindung di belakang USA untuk melakukan aktiviti mereka yang terkutuk seperti isu IRAQ, pengobomam pada 11 september, isu Osama Bin Laden, dan lain-lain lagi. Apa yang mesti kita buat adalah menyeru semua rakyat Malaysia terutama yang beragma islam, marilah kita menadah tangan untuk keselamatan diGAZA.

SEWA PENGIKLANAN

KEPADA SEMUA PERSATUAN DAN KELAB , PELAJAR SERTA STAFF UNISZA

ANDA BOLEH MEMPAMERKAN IKLAN YANG ANDA INGIN IKLANKAN SEPERTI

1. JUALAN: RM5 (PRODUK, MAKANAN, PAKAIAN, ATAU ALAT KOSMETIK)

2. PROGRAM :RM3 (PERCUMA JIKA ADA KERJASAMA DENGAN KRIMUNISZA)

3. JIKA ANDA INGIN KAMI MENEMURAMAH ANDA DAN DIMASUKKAN DIDALAM BLOG KAMI BAYARAN ADALAH RM10 SIAP DENGAN PAKEJ AMBIL VIDEO SERTA SATU MUKA DALAM POST.

anda boleh menghubungi EXCO PUBLISITI KRIMUNISZA

wan zul -0129868100

shah_0139018400

UCAPAN DARI YANG DIPERTUA






ASSALAMUALAIKUM W.R.B.T

SALAM SEJAHTERA

Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di dalam dewan yang kecil tetapi penuh dengan ilmunya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersepakat dan bersetuju untuk melantik saya serta barisan kepimpinan ahli majlis KRIMUNISZA dalam memacu KRIMUNISZA ke arah lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

saudara dan saudari sekalian

Amanah yang telah diberikan kepada kami , kami akan jalankan dengan sejujur mungkin dan seikhlas mungkin. Kami juga mengharapkan sahabat-sahabat di dalam KRIMUNISZA dapat membantu kami kerana dengan bantuan sahabat sekalian dapatlah KRIMUNISZA dinaikkan dengan penuh gemilang antara persatuan dan kelab di UNISZA.

Misi dan Visi KRIMUNISZA amatlah tepat dengan keadaan semasa iaitu membantu remaja islam kearah yang lebih cemerlang di dalam hidup dan juga dimasa hadapan disamping itu juga kita sebagai warga ilmu perlu memacu remaja islam kearah yang menuntut kehendak dunia dan akhirat. Sesuai juga dengan motto kita iaitu REMAJA PEMANGKIN KESATUAN UMMAH.

Bagi mencapai objektif sebenar di dalam KRIMUNISZA, sikap berdisplin, amnah, tanggungjawab dan mempunyai modal insan yang tinggi sudah cukup untuk mencapai sasaran tersebut. Dengan ini saya berharap KRIMUNISZA dapat memacu suatu tanda gemilang dari KRIMUNISZA kepada UNISZA dalam mencapai MISI dan VISI KRIMUNISZA selaras dengan KRIM PUSAT.

semoga dengan kehadiran saya serta barisan kepimpinan lain dapat memacu KRIMUNISZA ke tahap lebih tinggi. Sekian



p/s: UCAPAN YANG DIPERTUA MOHAMMAD SYARHAN
SEMASA MAJLIS PERLANTIKAN AHLI MAJLIS KEPIMPINAN KRIMUNISZA
SESI 2009/2010




BARISAN AHLI MAJLIS KRIM UNISZA 2009/2010


BARISAN KEPIMPINAN AHLI MAJLIS
KRIM UNISZA 2009/2010

YANG DIPERTUA
SHARHAN

NAIB YANG DI PERTUA
SHIRAZI

TIMBALAN YANG DIPERTUA
AISYAH

SETIAUSAHA AGONG 1
NAJIHAH

SETIAUSAHA AGONG 2
FADHLI

BENDAHARI KEHORMAT 1
NURAISHAH

BENDAHARI KERHORMAT 2
WAN ADIBATUL

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
TAMIMI
SALWAN

EXCO SUKAN
SAPIZI
ZUWAINNAH

EXCO KEBAJIKAN
ZAIDI
RUQAYYAH

EXCO DAKWAH
AZIZ
MASYITAH

EXCO AN-NISA'
HANA
NANA

EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN
ANAS
ATEH

EXCO PUBLISITI
WAN ZUL
SHAH




DEMAM PIALA DUNIA

Assalamualaikum,

Salam perpaduan

Piala dunia sudah seminggu berlalu dan kita juga sedang hangat membincangkan tentang ia tidak kira tempat atau masa. Selain itu juga, ini pertandingan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat dunia dan di sinilah bermula perpaduan sesama manusia tidak kira agama, bangsa dan negara bersatu dan berlawan secara adil dan saksama bagi memeriahkan dunia dengan gelak tawa dan juga meraikan bersama kejayaan oleh sebuag pasukan.

Seterusnya, ada juga pendapat individu bahawa sukan dunia terulung ini hanyalah sekadar hiasan mata untuk mengalih tumpuan dunia pada isu GAZA dan juga isu2 semasa dunia. Tapi itu adalah pendapat peribadi masing-masing. Ia tidak salah dan ia juga tidak benar

Kehadiran piala dunia kali ini nampaknya kurang meyakinkan kerana pasukan pilihan banyak mempamerkan aksi biasa dan bukan aksi sebagai pasukan pilihan seperti brazil bagaiman pasukan ini melepaskan satu gol pada korea utara ini merupakan ancaman pada pasukan portugal yang dibarisi ternama. Selain itu juga Sepanyol baru sahaja tewas kepada swizterland dengan 1-0..ini menunjukan pasukan underdog adalah pasukan yang boleh memberi ancaman pada pasukan pilihan.

Seterusnya, kehadiran piala dunia akan menambah pendapatan pada gerai-gerai bagi menyediakan layanan yang teristimewa pada pelanggang yang menyaksikan siaran langsung piala dunia.

semoga kita mengambil iktibar terhadap kejadian dan pertandingan piala dunia bagi memuhasabahkan diri kita untuk lebih maju

salam dari
KRIMUNISZA

Wednesday, June 16, 2010

AHLI MAJLIS KRIM UNISZA 09/10


PERTAMA


ASSALAMUALAIKUM,

salam 1 malaysia
salam perpaduan
salam sejahtera

Salam, semoga semua sehat,..KRIMUNISZA mengucapkan selamat maju jaya pada semua pelajar-pelajar UNISZA dan ingin mengucapkan tahniah diatas pertukaran nama dari UDM ke UNISZA. Semoga pertukaran ini akan mendapat lebih manafaat dari segi pembangunan sahsiah dan sosial pelajar.

Kepada pelajar-pelajar baru, KRIMUNISZA menantikan kehadiran anda dalam memeriahkan lagi suasana di UNISZA semoga anda semua dapat belajar dengan baik dan selesa. Ini adalah nukilan pertama dari UNISZA.

semoga dengan kehadiran BLOG KRIMUNISZA ini akan menambah ikatan antara persatuan lain dan juga dengan pihak pengurusan UNISZA..

ILMU DEMI FAEDAH INSAN

REMAJA PEMANGKIN KESATUAN UMMAH