WIGDET

Thursday, June 17, 2010

UCAPAN DARI YANG DIPERTUA






ASSALAMUALAIKUM W.R.B.T

SALAM SEJAHTERA

Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di dalam dewan yang kecil tetapi penuh dengan ilmunya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersepakat dan bersetuju untuk melantik saya serta barisan kepimpinan ahli majlis KRIMUNISZA dalam memacu KRIMUNISZA ke arah lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

saudara dan saudari sekalian

Amanah yang telah diberikan kepada kami , kami akan jalankan dengan sejujur mungkin dan seikhlas mungkin. Kami juga mengharapkan sahabat-sahabat di dalam KRIMUNISZA dapat membantu kami kerana dengan bantuan sahabat sekalian dapatlah KRIMUNISZA dinaikkan dengan penuh gemilang antara persatuan dan kelab di UNISZA.

Misi dan Visi KRIMUNISZA amatlah tepat dengan keadaan semasa iaitu membantu remaja islam kearah yang lebih cemerlang di dalam hidup dan juga dimasa hadapan disamping itu juga kita sebagai warga ilmu perlu memacu remaja islam kearah yang menuntut kehendak dunia dan akhirat. Sesuai juga dengan motto kita iaitu REMAJA PEMANGKIN KESATUAN UMMAH.

Bagi mencapai objektif sebenar di dalam KRIMUNISZA, sikap berdisplin, amnah, tanggungjawab dan mempunyai modal insan yang tinggi sudah cukup untuk mencapai sasaran tersebut. Dengan ini saya berharap KRIMUNISZA dapat memacu suatu tanda gemilang dari KRIMUNISZA kepada UNISZA dalam mencapai MISI dan VISI KRIMUNISZA selaras dengan KRIM PUSAT.

semoga dengan kehadiran saya serta barisan kepimpinan lain dapat memacu KRIMUNISZA ke tahap lebih tinggi. Sekian



p/s: UCAPAN YANG DIPERTUA MOHAMMAD SYARHAN
SEMASA MAJLIS PERLANTIKAN AHLI MAJLIS KEPIMPINAN KRIMUNISZA
SESI 2009/2010




No comments:

Post a Comment