WIGDET

Thursday, June 17, 2010

USAHAWAN SATU BIDANG PENTING

Kementerian pengajian tinggi telah mengeluarkan kenyataan bahawa pada mana-mana usahawan yang sudah berjaya boleh memohon untuk menjadi pensyarah dalam bidang usahawan dan yang ingin menjadi pensyarah universiti mesti mempunyai 20% ilmu tentang usahawan. Ini menunjukkan bidang usahawan semakin menjadi begitu penting dalam menjana ekonomi negara. Selain daripada itu juga, ia merupakan salah satu perancangan pembangunan modal insan negara yang diwar-war kan mantan perdana menteri kita yang ke 5 iaitu Tun Abdullah Badawi.

Semua mahasiswa perlu mengambil peluang dalam menjana ekonomi sendiri dan juga merancang masa hadapan yang lebih cemerlang kerana dengan usahawan sahajalah dapat membantu kita dalam mengendali hidup kita dengan lebih sempuna. Selain itu juga Rasulullah s.a.w pernah bersabda rezeki hidup 9/10 boleh diperolehi dari perniagaan. Jika rasulullah s.a.w sendiri menyatakan perniagaan adalah penting kenapa kita sebagai umat nya mengikut sunnah rasulullah s.a.w.

Dengan adanya harta dan kekayaan kita juga boleh berjihad dalam agama kita, dapat membantu fakir miskin dan sebagainya. Jika mengikut kata orang "DUIT BUKAN SEGALANYA" tapi yang saya ingin tegaskan "DUIT ADALAH SEGALANYA" kerana tanpa DUIT kita tidak dapat buat apa-apa

Semoga ulasan ini memberi sedikit manafaat kepada kita semua

Salam Jutawan
Salam Perpaduan

sekian, terima kasih

Dari:
Exco Publisiti
KRIMUNISZA

No comments:

Post a Comment