WIGDET

Thursday, June 17, 2010

DEMAM PIALA DUNIA

Assalamualaikum,

Salam perpaduan

Piala dunia sudah seminggu berlalu dan kita juga sedang hangat membincangkan tentang ia tidak kira tempat atau masa. Selain itu juga, ini pertandingan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat dunia dan di sinilah bermula perpaduan sesama manusia tidak kira agama, bangsa dan negara bersatu dan berlawan secara adil dan saksama bagi memeriahkan dunia dengan gelak tawa dan juga meraikan bersama kejayaan oleh sebuag pasukan.

Seterusnya, ada juga pendapat individu bahawa sukan dunia terulung ini hanyalah sekadar hiasan mata untuk mengalih tumpuan dunia pada isu GAZA dan juga isu2 semasa dunia. Tapi itu adalah pendapat peribadi masing-masing. Ia tidak salah dan ia juga tidak benar

Kehadiran piala dunia kali ini nampaknya kurang meyakinkan kerana pasukan pilihan banyak mempamerkan aksi biasa dan bukan aksi sebagai pasukan pilihan seperti brazil bagaiman pasukan ini melepaskan satu gol pada korea utara ini merupakan ancaman pada pasukan portugal yang dibarisi ternama. Selain itu juga Sepanyol baru sahaja tewas kepada swizterland dengan 1-0..ini menunjukan pasukan underdog adalah pasukan yang boleh memberi ancaman pada pasukan pilihan.

Seterusnya, kehadiran piala dunia akan menambah pendapatan pada gerai-gerai bagi menyediakan layanan yang teristimewa pada pelanggang yang menyaksikan siaran langsung piala dunia.

semoga kita mengambil iktibar terhadap kejadian dan pertandingan piala dunia bagi memuhasabahkan diri kita untuk lebih maju

salam dari
KRIMUNISZA

No comments:

Post a Comment